Saturday, August 27, 2016

MALAYSIA’S ONLINE DROPSHIP

"Drop shipping is a supply chain management technique in which the retailer does not keep goods in stock, but instead transfers customer orders and shipment details to either the manufacturer or a wholesaler, who then ships the goods directly to the customer. As in retail businesses, the majority of retailers make their profit on the difference beteen the wholesale and retail price but some retailers earn an agreed percentage of the sales in commission, paid by the wholesaler to the retailer"
Dropship merupakan salah satu cara perdagangan runcit yang agak baru. Peruncit, pemasar atau ejen dropship akan memasarkan sesuatu produk yang disimpan oleh pembekal atau pengilang. Apabila produk tersebut dipesan atau dibayar, ejen dropship akan memaklumkan kepada pembekal dimana pembekal akan menghantar terus produk tersebut kepada pelangggan. Ejen dropship kemudian akan dibayar oleh pembekal keatas keuntungan dalam bentuk komisen ataupun ejen dropship tersebut akan membayar kos produk kepada pembekal mengikut program yang telah ditetapkan.
Sistem dropship dapat mengurangkan kos peruncitan dan semakin popular masakini. Dropship.im merupakan platform sistem dropship yang pertama dan lengkap di Malaysia yang pernah dibina dan telah beroperasi sejak 2011 lagi.
Sebelum memilih untuk memulakan atau mempromosi perniagaan dropship, anda harus memilih jenis produk yang dipromosi, tinggi atau tidak peluang untuk perniagaan berkembang, dan cara struktur perniagaan dari segi komisen dan cara yang boleh meyakini perniagaan ini mampu untuk bertahan lama dan yang paling penting adakah mereka membayar dropship ejen mereka komisen yang dijanjikan.
Program dropship pada ringkasnya adalah untuk menjual produk atau perkhidmatan pihak ketiga menggunakan rangkaian internet atau cara pemasaran konvensional. Program-program dropship yang berada dipasaran kini kebanyakannya menjual E-Book seperti di clickbank.com, namun terdapat juga yang menjual produk khusus contohnya di Ezdropshipmalaysia (2015).  


Di antara Kelebihan Menjadi Agen Drosphip
i – Anda tidak perlukan modal yang besar untuk membeli stok. Untuk menjadi agen dropship, ada sesetengah pemborong akan mengenakan caj pendaftaran kepada anda dan ada juga yang langsung tidak mengenakan caj seperti EzdropshipMalaysia.
ii – Anda tidak perlu menyimpan stok barang. Anda cuma perlu buat pesanan setelah pelanggan anda membuat bayaran.
iii – Anda tidak perlu risau dengan masalah barang yang rosak kerana lama tersimpan akibat tidak laku.
iv – Anda juga tidak perlu bersusah payah untuk packing barang dan menghantar barang kepada pelanggan kerana semuanya akan dibuat oleh pemborong anda.
Minat Berniaga???
Ingin Tambah Pendapatan???
Tiada Modal dan Tiada Produk???
Sertai Kami Sebagai Ejen Dropship!!!